KPS 3014 BAB 3 KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
BAB 3 KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
Sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran
4.1
Konsep Pengajaran
Dan Pembelajaran
“Pengajaran” atau “pedagogi” bermaksud bagaimana
seseorang guru menyampaikan pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada
pelajar-pelajarnya. Ia merupakan satu proses daripada persediaan untuk
mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta
melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu.
Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran
Pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rancangan
guru yang sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti
pembelajaran. Santrock J.W dalam bukunya Educational Psychology: A Tool
for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaran berkesan
bergantung kepada 2 faktor utama iaitu : pengetahuan profesional guru dan
komitmen guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun dengan cemerlang (excellent
instructional planning).
Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang
membina keupayaan tingkah laku yang berbeza. Dari sudut kognitif,
pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan tingkah laku yang segera. Perubahan
struktur mental yang berlaku melibatkan perubahan skema, kepercayaan, jangkaan
dan matlamat. Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan akan
membawa perubahan tingkah laku. Contohnya, seseorang murid akan mula
menguasai kemahiran membaca setelah proses pembelajaran berlaku secara
berulang-ulang dan berterusan. Penguasaan dan pemahaman terhadap sesuatu
fakta akan mudah dikuasai apabila proses pembelajaran dibantu dengan pelbagai
bahan bantu mengajar sebagai bahan rangsangan seperti gambarajah, jadual,
carta, gambar dan lain-lain alat bantu yang memudahkan murid-murid
menghubungkaitkan maklumat.
4.2 Ciri-ciri Guru Berkesan
Salhah Abdullah (2006) dalam bukunya Guru Sebagai
Fasillitator menegaskan bahawa ”guru sebagai fasilitator berperanan sebagai
perancang, pengurus dan pelaksana perlu berpandukan prinsip pengurusan yang
sistematik. Prinsip perancangan perlu tepat diikuti dengan prinsip penyampaian
yang sesuai dan disusuli dengan prinsip tindakan yang tepat ” ( p.43).
“Effective teachers
have good command of their subject matter and a solid core of teaching skills.
They have excellent instructional strategies supported by methods of goal
setting, instructional planning, and classroom management. They know how to
motivate, communicate, and work effectively with students who have different
levels of skills and come fromculturally diverse backgrounds. Effective
teachers also understand how to use appropriate levels of technology in the
classroom. “ (Santrock, 2006)
Matlamat pengajaran
pula adalah seperti berikut:
• Untuk menyampaikan maklumat berbentuk ilmu pengetahuan
• Membolehkan pelajar menguasai kemahiran kogintif, afektif dan
psikomotor.
• Membantu pelajar memiliki nilai dan sikap yang sihat.
• Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.
• Membantu pelajar supaya boleh berdikari
4.3
Konsep Pembelajaran
4.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
Pengurusan melibatkan proses-proses seperti
merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk
penambahbaikan. Manakala pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah
berkaitan aspek-aspek berikut:
· Merancang pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan dengan mengambilkira latar belakang murid yang berbeza
· Melaksana pengajaran dan pengajaran seperti
yang telah dirancang dan membuat pengubahsuaian semasa jika perlu
· Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran
· Membuat tindakan susulan berdasarkan
penilaian yang telah dibuat termasuk membuat penambahbaikan
4.5
Pengurus Pengajaran dan pembelajaran Dalam Kelas pelbagai budaya:
Seorang
guru yang mengurus pengajaran dan pembelajaran juga boleh digelar ‘pengurus’.
Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan
berkesan termasuk :
· Prihatin dan peka terhadap situasi
sekeliling
· Sistematik dalam merancang dan menilai
· Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai
latar belakang
· Bijak mengurus masa
· Berpandangan jauh
· Bersedia untuk berubah dan fleksibel
· Berkomuknikasi dengan berkesan
4.6
Peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Dalam konteks pengurusan pengajaran dan pembelajaran,
peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan
persediaan guru :
i) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
ii) Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran
iii) Selepas proses
pengajaran dan pembelajaran
Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan
murid-murid pelbagai budaya, guru perlu membuat persediaan rapi sebelum
memulakan sesi pengjaran dan pembelajaran. Persediaan sebelum pengajaran dan
pembelajaran termasuk merancang pelaksanaan pengajaran melalui penulisan
Rancangan Pengajaran Harian meliputi aspek-aspek :
§ Hasil pembelajaran yang tepat
§ Kaedah pengajaran yang sesuai dengan
kepelbagaian budaya murid
§ Sumber pengajaran yang mencukupi
§ Bahan bantu mengajar yang berkesan
§ Langkah-langkah proses pengajaran yang
jelas
(a) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran bermula
dengan perancangan dan penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan
alat bantu mengajar yang sesuai dan berkesan sangat penting
untuk membantu guru menerangkan konsep abstrak yang sukar kepada para pelajar.
” Mengguna alat bantu mengajar (ABM) dapat membantu menerangkan sesuatu konsep”
(Hiebert, Weame & Taber, 1991; Kozma, 1991). Contoh-contoh bahan bantu
mengajar seperti bahan maujud, gambar, pengursan grafik, peta minda,
gambarajah, radio, komputer, video, kad imbasan, gambarajah, akhbar,
majalah, audio visual, model, prototaip atau
bahan-bahan sejarah. Ciri-ciri bahan pengajaran efektif pula berbentuk maujud,
praktikal, selamat digunakan dan guru dapat menggunakan bahan tersebut
untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar difahami dengan berkesan.
Seorang guru yang
kreatif akan menyesuaikan bahan bantu mengajar dengan isi pelajaran agar
murid mudah menguasai konsep abstrak yang kompleks. Ini diakui oleh
Mayer & Gallini, (1990); “ Guru perlu menerangkan dengan jelas dan memberi
contoh-contoh yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
“. Manakala Slavin (1994) menyarankan “guru perlu menyediakan pengajaran
yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan alat bantu mengajar (ABM).
(b) Pemilihan Sumber Pengajaran
Guru yang bersedia dengan maklumat dari pelbagai
sumber bukan sahaja berjaya memberi penerangan yang jelas kepada pelajarnya
tetapi juga mampu membuat perkaitan antara idea-idea, mencadangkan pemikiran
baru dan mencabar pelajar untuk berfikir pada aras tinggi .
Sumber- sumber pembelajaran yang boleh digunakan
seperti buku teks, buku rujukan, internet, maklumat akhbar, majalah, rancangan
radio dan televisyen, jurnal , prospektus, phamplets and brochures, laporan
penyelidikan, statistik rasmi, Akta, Arahan Perbendaharaan termasuk
sumber hasil temubual dan soal selidik. Sumber yang tepat, sesuai, dan
mencukupi mampu mencabar minda pelajar seterusnya menarik
minat mereka untuk memahami isi pelajaran dengan lebih
berkesan. Semasa merancang pengajaran, saya mendapatkan seberapa
banyak input daripada pelbagai sumber sebelum memulakan setiap sesi
pengajaran .
Semasa Proses Pengajaran dan
Pembelajaran
(a) Strategi Pengajaran
Releven Pelbagai Budaya
Pemilihan strategi pengajaran yang tepat juga mampu
membuatkan penyampaian maklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih
berkesan terutama aktiviti yang melibatkan interaksi aktif murid yang
terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang.
Semasa guru melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran guru perlu memastikan
§ melaksanakan pengajaran seperti yang
dirancang
§ mengenalpasti prosedur penilaian
pembelajaran murid yang sesuai
§ menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
§ menyediakan suasana bilik darjah yang
kondusif dari segi psikososial dan fizikal untuk murid-murid yang mempunyai
latar belakang berbeza
§ mengurus disiplin murid dengan
mengambilkira kepelbagaian kelompok murid
§ mengendalikan
aktiviti pemulihan dan pengayaan
Selepas Proses Pengajaran dan
Pembelajaran
Seterusnya proses penilaian dan pengukuran perlu
dilaksanakan oleh guru untuk mengetahui keberkesanan pengajaran.
Penilaian prestasi merupakan satu proses meliputi aktiviti mengumpul maklumat
tentang strategi, aktiviti, hasil dan impak pengajaran dan pembelajaran bagi
membuat analisis untuk memastikan pelajar telah menguasai kemahiran yang disampaikan
oleh guru. Guru juga dapat merancang aktivti
selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan dan mengambil tindakan susulan .
Menurut D. Stufflebeam dalam bukunya “
Educational Evaluation and Decision Making”, beliau telah mentakrifkan
penilaian sebagai satu proses menentukan, mendapatkan serta memberikan maklumat
yang berguna untuk membuat pertimbangan yang selanjutnya. Gay (1985) pula
berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses sistematik mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu
objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
Keberkesanan sesuatu proses pengajaran tidak dapat
dipastikan tanpa proses penilaian oleh guru semasa dan selepas pengajaran
berlaku. Penilaian dilaksanakan berperanan untuk:
• Mengesan perkembangan
penguasaan murid dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan
• Mengenal pasti
keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan guru memperbaiki pengajaran
selanjutnya
• Mengambil tindakan
susulan untuk mengatasi kelemahan & meningkatkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran
meningkatkan keberkesanan pengajaran .
Keputusan peperiksaan penilaian formatif pula
yang dilaksanakan selepas tamat sesuatu tajuk dan penilaian sumatif yang
dilaksanakan secara holistik pada hujung semester dapat menilai pencapaian
pelajar. Penilaian prestasi pelajar juga membolehkan guru menilai semula
strategi pengajaran dan membuat penambahbaikan. Penilaian menyeluruh pelajar
dapat dilakukan melalui data-data pengukuran kuantitatif dan kuanlitatif .
Pengukuran merupakan satu proses sistematik
untuk mendapatkan maklumat secara kuantitatif untuk menentukan pencapaian
murid. Tujuan utama pengukuran adalah untuk membuat pengelasan bagi pencapaian
akademik murid dalam pembelajaran dan membuat penambahbaikan kepada kaedah
pengajaran guru. Alat pengukuran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah seperti data kuantitatif hasil daripada ujian bulanan, kuiz,
peperiksaan, temubual murid/rakan sekerja, soal selidik, senarai semak,
rekod anekdot, skala kadar, sosiogram, data pemerhatian dan kajian tindakan.
Alat pengukuran yang tepat dalam proses penilaian mampu memberi maklumat
berharga kepada guru untuk mengukur pembelajaran pelajar dan menilai
keberkesanan pengajaran guru . Apabila guru memberikan ujian kepada
pelajarnya, guru sebenarnya bukan sahaja sedang mengukur pencapaian
pelajarnya tetapi juga mengukur keberkesanan strategi pengajarannya sendiri.
Penambahbaikan perlu dilakukan oleh guru setelah
melaksanakan penilaian dan pengukuran. Pendekatan Pengajaran Masteri contohnya
amat menekankan bahawa guru perlu memastikan murid telah dapat menguasai
sesuatu kemahiran sebelum kemahiran yang baru disampaikan. Penambahbaikan
berbentuk pemulihan, pengayaan dan penilaian semula kesemua elemen-elemen yang
terlibat semasa merancang dan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku perlu diambilkira oleh seorang guru yang proaktif
dan berkesan
Setelah guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap
pelaksanaan pengajarannya. Langkah ini adalah penting untuk mengkaji
keberkesanan pengajaran guru dalam aspek pemilihan strategi pengajaran,
penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat dan sumber pengajaran, tahap pencapaian
murid dan keberkesanan komunikasi guru-murid..
Rumusan
Kita
sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yang
telah dipelajari.
· Pedagogi atau pengajaran merupakan satu
proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai
kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi
menyempurnakan proses pengajaran itu.
· Pembelajaran ialah proses perubahan
struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza
· Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan
membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan
pembelajaran dengan mengambil kira latarbelakang pelajar, dan
kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar.
· Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan
pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling;
sistematik dalam merancang dan menilai; penyabar menghadapi kerenah murid
pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan mempunyai
kemahiran abad ke 21.
· Guru perlu mengambil kira semua
aspek kepelbagaian budaya apabila mengurus pengajaran dan
pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran
Comments
Post a Comment