KPS 3014 Bab 8 : Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin
Bab 8 : Pengurusan
Tingkah Laku dan Disiplin
PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
Masalah buli di sekolah bukanlah isu baru di negara kita malah
di seluruh dunia. Mengikut Deklarasi Kandersteg yang ditandatangani di
Switzerland pada 2007, dianggarkan terdapat kira-kira 200 juta murid sekolah di
seluruh dunia menjadi mangsa buli atau dera oleh rakan sebaya. Kajian buli di
Malaysia telah dirintis oleh Dr. Noran Fauziah Yaakub yang telah membuat kajian
menyeluruh di sekolah-sekolah di Malaysia untuk melihat hingga ke akar umbi
punca dan kesan masalah buli ini.
DEFINISI BULI
Perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud
untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung menjadikan
mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.
Maksud lain: tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal
atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia
bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.
Menurut Profesor Ken Rigby (2008), buli adalah "sebuah
hasrat untuk menyakiti. Hasrat ini diperlihatkan ke dalam aksi menyebabkan
seseorang menderita. Dilakukan secara langsung sama ada individu mahupun secara
berkelompok dan dilakukan secara senang(sengaja)"
JENIS-JENIS BULI
Buli Fizikal
Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang,
menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan
kecederaan. Paling ganas boleh menyebabkan kematian.
Buli Mental
Lebih kepada ejek-mengejek. Jika nama pelajar atau nama bapa
pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior
yang membuli. Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media
massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI GEJALA BULI
a)Pihak pentadbir sekolah dan guru sedar dan ambil tindakan
segera
Buat laporan jika berlaku gejala buli supaya insiden dapat
direkodkan.
Tidak sembunyikan kes buli yang berlaku.
b)Peranan Pelajar
Memilih rakan yang baik akhlaknya.
Diberi kesedaran tentang ciri-ciri rakan yang baik.
Tidak bergaul dengan rakan yang mempunyai masalah disiplin.
c) Mengadakan sesi kaunseling
tertumpu kepada pelajar bermasalah.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
Bantuan emosi awal kepada mangsa buli.
d) Hukuman yang setimpal dikenakan kepada pembuli
Digantung sekolah.
Diberi sesi kaunseling sehingga menimbulkan kesedaran.
Dihantar ke sekolah Juvana jika melibatkan kematian.
Peranan Media Massa
Merupakan cara yang berkesan untuk mendidik manusia /
berupaya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran manusia
Iklan-iklan yang dipertontonkan juga haruslah mempunyai
moral yang tinggi.
Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan
yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat
daripada
tontonan umum.
Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan
rencana yang menonjolkan kesan-kesan buli.
Peranan Kerajaan
Kempen kesedaran
menganjurkan program-program kesedaran kepada kelompok-kelompok
tertentu seperti ibu bapa, golongan pendidik dan remaja secara berterusan dan
bukannya bermusim bagaikan hangat-hangat tahi ayam (U) – contoh kempen
kesedaran – ‘Katakan Tak kepada Buli’ atau ‘Benci Buli, Rakyat Maju’
Memberikan kesedaran secara berterusan – mangsa buli dapat
mengambil langkah-langkah yang proaktif dan drastik dengan membuat laporan
kepada pihak berkuasa.
Peranan Ibubapa
Pendidikan anak-anak sepatutnya dimulakan dari dalam rumah. Ia
sepatutnya bermula dengan pentarbiahan jiwa anak-anak.
Golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada
anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.
Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan
moral yang sempurna.
Pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan
anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah
Contoh: Bapa pelajar berkenaan berinisiatif untuk membuat
pertemuan dengan ibu bapa atau penjaga lain yang terlibat dan berbincang
untuk mencari penyelesaian terbaik kepada semua pihak yang terlibat
Peranan Masyarakat
Sikap ambil berat
Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
Mencegah bila berlaku di depan mata
Hilangkan sikap mementingkan diri sendiri
Kesan Masalah Buli
Terhadap Masyarakat
Terhadap Masyarakat
l Gangguan Emosi
Mangsa buli akan
mengalami kesan negatif dalam jangka panjang malah boleh menyebabkan kejadian
bunuh diri.
Di luar negara seorang
murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada yang
membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli setelah guru dan pihak sekolah
gagal mengambil tindakan intervensi.
Mangsa buli akan menjadi
seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan
orang lain dan keluarga.
Malah kajian menunjukkan
ada murid menjadi pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa dan menjadi
seorang pendera terhadap isteri, perogol, dan perompak.
l Kecederaan Fizikal
Perlakuan buli terdiri daripada 2 jenis iaitu buli fizikal dan
buli mental. Buli fizikal merupakan buli yang boleh mengakibatkan kecederaan
fizikal seperti pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik
rambut, menolak, mencubit, atau sepak teranjang yang boleh mengakibatkan
kecederaan.
Selain itu, buli fizikal juga boleh mengakibatkan kematian.
l Hilang Keyakinan Diri
-
Perbuatan buli ini akan memberi kesan sama ada kepada pembuli ataupun mangsa
buli. Kesan luaran yang paling ketara yang akan dialami oleh pembuli ialah
pembuli akan mempunyai rekod yang buruk di sekolah dan akan menjejaskan
kehidupannya setelah meningkat dewasa.
-
Mangsa buli juga akan mengalami kesan dalaman iaitu masalah psikilogi. Mereka
akan hilang keyakinan diri serta tiada matlamat hidup dan mereka juga akan
berasa takut untuk hadir ke sekolah.
-
Selain itu, ada di antara mereka yang akan mencederakan diri sendiri kerana
merasakan diri mereka tidak berguna lagi.
l Kesan Negatif Terhadap
Pembangunan Negara
ü Melahirkan generasi yang
memiliki sifat-sifat ganas dan kehilangan rasa perikemanusiaan lalu cenderung
menindas orang lain sehingga terbawa-bawa ke peringkat umur yang akan datang.
ü Kesejahteraan rakyat dan
keselamatan negara terjejas bukanya dari anasir luar tetapi dari generasi
sendiri yang bakal menggantikan pucuk pimpinan akan datang.
ü Perbuatan buli memberi
kesan kepada Negara.Kerancakan pembangunan Negara akan terbantut
dan ekonomi sukar berkembang akibat masalah yang berlaku.Banyak wang akan
dikeluarkan oleh kerajaan melalui kempen pembentukan sasiah pelajar.Modal yang
diperuntukkan terlalu besar,jadi Negara menjadi mundur.
Comments
Post a Comment