KPS 3014 BAB4 KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH
Bab
4 : Kepimpinan dan Organisasi Di Sekolah
KEPIMPINAN SEKOLAH
Kepemimpinan adalah seni
untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang,
mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu
mempunyai cara dan seni sendiri.
Robert Kreither -
Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara
sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa
dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang
terarah pada tujuan organisasi.
ORGANISASI SEKOLAH
Perihal menginstitusikan
sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau sesuatu
kelompok (sekolah). *Dewan Bahasa & Pustaka.
Organisasi sekolah
membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah.
Sistem di sekolah lebih
tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif.
ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
SEKOLAH
PENGETUA
l Pemimpin/Ketua
l Pengurus
kurikulum dan kokurikulum
l Pengurusan
tenga pengajat dan kakitangan
l Pengurusan
dalaman dan luaran
PENOLONG KANAN
l Mengajar
l Membantu
pengetua dalam pengurusan kurikulum
l Bantu
dalam pentadbiran harian
PENOLONG KANAN HAL EHWAL
MURID
l Mengajar
l Pengurusan
kebajikandan disiplin pelajar
l Kemasukan
dan pendaftaran pelajar
l Perhubungan
awam tugas-tugas lain
PENOLONG KANAN
KO-KURIKULUM
l Mengajar
l Pengurusan
kurikulum dan kokurikulum
l Perhubungan
awam
l Pentadbiran
harian
l Tugas-tugas
lain
GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
l Menyusun
program pelaksanaan bimbingan dan kaunseling
l Memberikan
khidmat kaunseling kepada pelajar menyusun laporan
l Membuat
rancangan tahunan sekolah
GURU KELAS
l Buku
daftar kedatangan
l Pengurusan
yuran khas
l Perkara-perkara
akademik
l Bantuan
kewangan
l Biasiswa
l Tugas-tugas
lain
GURU
l Mengajar
l Membuat
perancangan P&P
l Menjaga
disiplin, keselamatan dan kebajikan murid
l Mentadbir
dan mengurus bilik darjah
l Tugas-tugas
lain
MURID
l Mematuhi
dan memahami peraturan sekolah
l Menjaga
dan memelihara harta benda sekolah
l Menjaga
serta meningkatkan kebersihan sekolah
l Memahami
susun lapis masyarakat di sekolah
l Menghormati
lagu sekolah
TEORI KEPIMPINAN
1. Teori
Sifat
2. Teori
Tingkah Laku
3. Teori
Kontingensi
TEORI SIFAT
Penekanan kepada
sifat/kualiti yg dimiliki seseorang untuk melayakkan jadi pemimpin
a. Bercita‐cita
tinggi & bertenaga
b. Kemahuan untuk
memimpin
c. Kejujuran &
integriti
d. Keyakinan diri yang
tinggi
e. Tahap kemantapan yang
tinggi
f. Pengetahuan luas dalam
tugas yang dilakukan
g. Tidak pedulikan
keperluan pengikut
h. Gagal menjelaskan
kepentingan pelbagai sifat relatif
i. Tidak mampu memisahkan
antara sebab & penyebab
j. Membelakangkan
faktor/peluang keemasan
Teori Tingkahlaku
Ada dua kategori :
Berorientasikan tugas
² Memberi
tugas/arahan tertentu kpd subordinate
² Harapan
adalah subordinate tekun & berprestasi
² Penekanan
kpd ‘deadlines’ utk siapkan kerja
² Autokratik
² Bergantung
kuasa kedudukan
² Piawai
yang ketat
² Kawalan
yang ketat
Berorientasikan pekerja
Wujudkan hubungan
pemimpin – pekerja
² Yakin
meyakini
² Hormat
& menghargai sumbangan pekerja
² Membantu
masalah
² Memberi
galakkan
² Hubungan
mesra
² Memberi
peluang pekerja membuat keputusan
Teori Kontingensi
² Mengambil
kira faktor situasi yang akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinan.
² Situasi
tahap struktur tugas yang dijalankan.
² Situasi
kualiti perhubungan antara pemimpin & ahli.
² Situasi
kedudukan kekuasaan.
² Situasi
kejelasanan pesanan/arahan kerja.
² Situasi
norma kumpulan.
² Situasi
kesediaan maklumat.
² Situasi
penerimaan pengikut terhadap keputusan pemimpin.
² Situasi
kematangan pengikut.
Teori Kontingensi
Tiga (3) model teori
kontingensi
a. Model Kontingensi
Fiedler
b. Model Situasi Hersey‐Blanchard
c. Model Teori Laluan‐
Matlamat/Ganjaran (Evans
& House)
KEPIMPINAN GURU
l Menurut
York-Barr & Duke (2008), kepimpinan Guru adalah proses di mana guru-guru,
secara individu atau secara kolektif, mempengaruhi rakan-rakan mereka,
pengetua, dan ahli-ahli masyarakat sekolah untuk meningkatkan amalan pengajaran
dan pembelajaran dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran dan pencapaian
pelajar.
l Menurut
Hussein ( 1993 ), jenis-jenis kepimpinan guru ialah kepimpinan
kurikulum, kepimpinan terhadap staf, kepimpinan Hal Ehwal Murid, kepimpinan
kewangan dan fizikal, kepimpinan antara sekolah masyarakat dan kepimpinan am.
l Haris
& Mujis (2005) – terdapat dua konsep utama dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan
guru
n Peranan
& tanggungjawab - Guru tidak hanya bertanggungjawab dan memainkan
peranannya dalam batasan ruang lingkup bilik darjah
n Kerjasama
- Berperanan membimbing pelajar dan teman sekerja ke arah matlamat yang hendak
dituju
KEMAHIRAN KEPIMPINAN GURU
Katzenmeyer & Moller
(2005) menghuraikan 3 kemahiran kepimpinan guru:
1. Kebolehan
mempengaruhi pelajar ataupun rakan setugas & bertindak sebagai fasilitator,
mentor, pembimbing, pakar kurikulum, & pembentuk pendekatan bagi menerajui
pembelajaran
2. Mengambil
bahagian dalam tugas-tugas operasi sekolah seperti penglibatan dan berperanan
sebagai sumber/media, guru disiplin, guru persatuan dan bertindak selaras
dengan matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah
3. Berupaya
melakukan perubahan dengan memberi sumbangan idea yang baik, dapat diterima
pakai dan melakukan tindakan sesudah dilantik sebagan ahli seperti PIBG,
jawatankuasa kantin dan lain-lain.
KOMPETEN KEPIMPINAN GURU
Ø Memiliki
ilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini
Ø Cekap
menggunakan segala sumber yang ada secara optimum
Ø Mengamalkan
budaya beretika
Ø Memiliki
budaya jati
Ø Mahir
berkomunikasi dengan berkesan
Ø Produktif
KEPIMPINAN GURU MASA KINI
v Penjana
budaya sekolah
v Kepimpinan
pelbagai kebolehan
v Kepimpinan
pengajaran
v Kepimpinan
membuat keputusan
v Kepimpinan
mengurus bilik darjah
v Kepimpinan
pengupayaan
v Kepimpinan
kerja dalam bilik darjah
v Memperkasa
kecerdasan emosi
v Mengamalkan
komunikasi berkesan
GAYA KEMPIMPINAN
Gaya
kepimpinan menurut Thoha (1995:
37) pula ditakrifkan sebagai perilaku atau cara yang
dipilih & dipergunakan pemimpin dalam mempengaruhi fikiran, perasaan, sikap
& perilaku orang bawahannya. Beliau juga
mengertikan gaya kepimpinan
sebagai perilaku pemimpin dalam
mempengaruhi bawahannya iaitu kemampuan
pemimpin untuk menyatakan sesuatu hal dengan
gaya kepimpinan tertentu.
Gaya kepimpinan terdiri
daripada dua kriteria objektif iaitu berorientasikan kerja dan berorientasikan
hubungan.
Ask behaviour
– The extent to which leaders are
likely to organize and define role of the members of
their group (followers); to explain what activities each is to do and when,
where, and how tasks are to be accomplished; characterized by endeavoring to
established well-defined patterns of organization, channel of
communications, and ways of getting jobs
acomplished.
Relationship
behaviour – The extent to which
leaders are likely to maintain personal
relationships between themselves and members of their group (followers) by
openning up channel of communications, providing sosioemotional support,
“psychological stokes”, and facilitating behaviors. (Hersey & Blanchard,
1993 : 129)
AUTOKRATIK
Gaya kepimpinan jenis
autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan
tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan
tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi
yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan
hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan,
kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan
pendapatnya sahaja diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong,
pemarah, tegas & sombong namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.
DEMOKRATIK
Gaya kepimpinan
demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain.
Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di
bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak
ahli-ahli lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin
mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang
terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang
bawahan. Pemimpin lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah
pimpinannya adalah rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli
LAISSEZ-FAIRE
Kepimpinan bercorak
laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya
dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan kerja
mereka. Pemimpin sedemikian biasanya memberi kebebasan
kepada pekerja untuk menentukan matlamat mereka
tersendiri serta cara-cara mencapainya. Pemimpin
seperti ini amat yakin dengan orang yang dipimpinnya dan tidak memimpin mereka
dalam melakukan tugas. (Jaafar, Hizam dan Zafir, 2000)
KONTIGENSI
Kaedah kepimpinan kontigensi
memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan
Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah di mana gaya
kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya
kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam
menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif.
Contoh situasi berbeza:
struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu,
kelompok kerja
ASERTIF
Kepimpinan asertif adalah
sikap di mana seseorang mampu bertindak sesuai dengan keinginannya, membela
haknya dan tidak dimanfaatkan oleh orang lain. Mereka boleh menerangkan dengan
jelas apa yang mereka ingini tanpa menyakitkan hati orang lain. Kepimpinan
asertif mempunyai pendirian yang teguh dan tegas dalam membuat keputusan. Mampu
mempertahankan hak-hak peribadi dan nilai-nilai yang kita tahu dengan
kebenarannya.
RESPONSIF
Kepimpinan responsif
adalah sikap pemimpin yang mendengar dan melihat dahulu sebelum membuat
tindakan. Kepimpinan responsif bermaksud dia sentiasa mendengar dan melihat
setiap persoalan, kehendak dan harapan dari orang di bawah pimpinannya.
Pemimpin aktif dan proaktif dalam mencari jalan penyelesaian bagi setiap
pemasalahannya yang dihadapi oleh organisasinya.
AGRESIF
Gaya kepimpinan agresif
adalah sifat yang self-centered iaitu hanya mengutamakan hak, kepentingan,
pendapat, kehendak dan perasaan sendiri serta mengabaikan hak orang lain.
Golongan jenis ini selalu berasa bahawa hanya dirinya yang paling benar
sehingga membawa kepada kesombongan dan memandang rendah terhadap orang lain.
Mereka selalu menggunakan nada yang tinggi, marah, mempunyai gerak badan yang
agresif serta sering menggertak dan mendominasi orang lain. Mereka akan
menggunakan bahasa yang menyakitkan hati orang lain untuk tujuan memalukannya
dan untuk membuktikan dia bersalah.
Comments
Post a Comment