KPS 3014 BAB 2 INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
1.
PENGENALAN
Definisi Sosiologi: -ilmu disiplin
intelektual yang khusus yang mengenai hubungan sosial manusia pada umumnya.
-Perilaku manusia yang berkaitan dengan struktur-struktur kemasyarakatan dan
kebudayaan yang dimiliki, dibahagi, dan ditunjang bersama (Sosiologi Teks
Pengantar dan Terapan, hlm 3). Definisi Pembelajaran: -Suatu perubahan dalaman
diri seseorang, pembentukan perkaitan- perkaitan baharu, ataupun
potensi-potensi untuk tindak balas yang baharu (Teori-teori Pembelajaran, hlm
5). -Perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta
pembentukan sikap kepercayaan (Komunikasi dalam pengajaran dan kepemimpinan
pendidikan, hlm 69). -Pendek kata, pembelajaran bermaksud proses untuk belajar.
2. TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI
1.
Auguste Comte (1798-1857)-Teori fungsionalisme 2. Herbert Spencer
(1820-1903)-Teori fungsionalisme 3. Emile Durkheim (1858-1916)-Teori
fungsionalisme 4. Karl Marx (1818-1883)-Teori konflik 5. Max Weber
(1864-1920)-Teori konflik 6. Ibnu Khaldun (1332-1406)-Teori konflik 7. Charles
Horton Cooley (1902-1964)-Teori interaksional 8. George Herbert Mead
(1934-1962)-Teori interaksional 9. Manford Kuhn (1964)-Teori interaksional 10.
Herbert Blumer (1969)-Teori interaksional (Sociology:The Core, School and
society: a sociological approach to education, Sociology: a down to earth
approach)
3. TEORI FUNGSIONALISME STRUKTURAL
Mengkaji perlakuan sosial atau institusi yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat. • Teori ini wujud berasaskan pandangan
dan pemikiran tokoh-tokoh yang awal seperti : Ø Agustus Comte Ø
Spencer Ø Durkhiem • Mempunyai dua elemen Ø
Struktur sosial Ø Fungsi sosial • Elemen-elemen ini
saling berkaitan untuk mewujudkan keseimbangan dalam struktur sosial
masyarakat.
•Masyarakat
dianggap sebagai satu tubuh badan manusia yang terdiri daripada
bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.
•Menurut Emile Durkheim, teori ini dianggap sebagai sesuatu yang berbeza. ØMasyarakat
moden sebagai keseluruhan organisasi yang memiliki realiti kehidupan yang
tersendiri. ØMenurut teori ini, masyarakat akan dikaji dari segi
perjalanan sistem sosial atau perhubungan mereka yang telah wujud. ØSistem
sosial yang wujud ini dapat melancarkan perjalanan dan keharmonian dalam
masyarakat.
5.
TEORI KONFLIK
• Apa itu konflik? -Definisi konflik -Bahasa latin
‘confligere’ yang bermaksud saling membunuh. -Pengertian sosiologi difahami
sebagai satu ‘proses sosial‘. • Tokoh: -Ralp Dahrendorf -Lewis A Coser -Piere
Van den Berghe • Ideologi. -Ralp Dahrendorf -Teori konflik bertentangan dgn
teori fungsional
•
Lewis A Coser -Teori konflik boleh bersifat positif / negatif. -Contoh konflik
penubuhan PPSMI. • Piere Van den Berghe -Teori konflik mempunyai persamaan
dengan teori fungsional.
6. TEORI INTERAKSI SIMBOLIK
•
Teori ini terbit dari bidang falsafah terutamanya di bawah William James dan
John Dewey. Tetapi teori ini kemudiannya dikembangkan oleh: -George Herbert
Mead -Hoston Coleh -William l.Thomas -Erving Goffman 1. Robert J. Bryan &
John Lie (2006). Sociology: Your Compass For A New World. Singapore: Thomson 2.
Judson R. Landis (2000). Sociology: Concepts and Character. USA: Albert Complex
TEORI INTERAKSI SIMBOLIK
FAHAMAN/IDEOLOGI
•
Manusia secara semula jadinya mempunyai mekanisme naluri untuk berinteraksi.
(simbol lisan dan bukan lisan) • Makna simbol tidak wujud secara semula jadi
dan manusia perlu menginterpretasi dunia persekitarannya lalu menterjemahkan
makna tersebut. 1. Richard T. Schaefer (2006). Sociology Matters. New York: Mc
Graw Hill. 2. Jeanne H. Ballantine (2001). The Sociology of Education: A
Systematic Analysis. New Jersey: Prentice Hall
MASALAH FAKTOR PENDEKATAN
Delinkuen
Teori sosialisasi -akibat daripada kemahiran sesuatu tindakan yang dipelajari
daripada rakan sebaya -perbezaan aturan sosial Teori kontrol -Setiap manusia
cenderung untuk tidak patuh pada hukum/miliki dorongan untuk langgar peraturan
Teori fungsional struktural -stratifikasi sosial -masing-masing mainkan peranan
-guru: kaunseling : peneguhan -sekolah: prasarana
BAB2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
INTERAKSI
-Tindakan
atau perhubungan aktif antara satu sama lain
-Tindak
balas antara dua pihak atau lebih.
Berinteraksi
= bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain (Kamus Dewan
Edisi2)
Interaksi dalam bilik darjah
Interaksi
= saling bertindak antara 1 dengan yang lain
Guru perlu
menggalakkan interaksi sama ada dengan guru atau sesama rakan yang lain semasa
proses P&P
l Interaksi
di bilik darjah boleh berlaku dalam bentuk lisan atau bukan lisan
Jenis Interaksi dalam
bilik darjah
Terdapat beberapa
jenis interaksi bilik darjah.
Interaksi sehala
guru-pelajar. Interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan, interaksi
sosial (Shahabuddin et, al, 2007)
Pelajar
dipaksa utk menerima apa shj ilmu pengetahuan yg diberikan guru
Guru
jenis ini amalkan pendekatan autoritarian, pelajar tiada kuasa utk berinteraksi
dgn pelajar lain.
Interaksi dua hala
Menjadi
dua hala bila guru bertanya pelajar menjawab, atau pelajar bertanya guru
menjawab
Interaksi
antara rakan sebaya TIADA
Interaksi
pasif spt ini membuatkan pelajar menjadi bosan dan rimas apabila perlu
memasukkan terlalu banyak fakta ke dalam minda mereka
Interaksi
kumpulan
Bertujuan
utk galakan penyertaan aktif pelajar dalam PdP.
Kerja
berkumpulan diwujudkan supaya pelajar dpt berinteraksi dgn sesama mereka Dalam perbincangan
Guru
hanya menjadi pemudahcara
Interaksi
sebegini mampu memupuk nilai positif spt bekerjasama, menghormati, toleransi,
perpaduan.
Dlm
keadaan ini, pelajar yg takut, malu dgn kehadiran guru boleh dan mampu
berinteraksi dgn aktif dgn rakan lain.
Sesi
sumbang saran sebegini mampu menjana idea yg berkualiti drpd pelajar
Interaksi antara
kumpulan
Selepas
berbincang dalam kumpulan, boleh diadakan sesi pembentangan
Kumpulan
lain boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan pembentang
INTERAKSI SOSIAL
Istilah sosial adalah konotasi kepada sesuatu perlakuan
(behaviour) dalam sesuatu komuniti.
Kamus Dewan mendifinisikan sosial sebagai segala yang berkaitan
dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan, ia juga merujuk
kepada persahabatan, pergaulan dan apa saja aktiviti yang dilakukan pada masa
lapang.
Namun dalam konteks bilik darjah, pendekatan interaksi sosial
lebih menekankan aktiviti berkumpulan
Ia bertujuan mewujudkan perpaduan dan kerjasama yg maksimum
antara pelajar
Strategi pembelajaran koperatif sgt sesuai utk wujudkan
interaksi sosial
Interaksi berkesan
Berlaku apabila mesej oleh penyampai diterima dan difahami
dengan jelas oleh penerima.
Sekiranya maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima,
berlakulah konflik antara keduanya.
Beberapa cara boleh diamalkan oleh guru untuk wujudkan
interaksi berkesan, antaranya :
Bersikap positif dan percaya kepada pelajar
Bersifat ramah dan mesra
Hormat pada pandangan dan pendapat pelajar
Ketahui latar belakang pelajar
Gunakan bahasa yang mudah difahami
Galakkan pelajar berikan idea atau pandangan
Gunakan nama pelajar ketika berinteraksi
(Yahya Don. 2006)
KOMUNIKASI
Komunikasi (communication=Pengaliran
maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat)
Proses
interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa.
Menurut
kamus komunikasi = interaksi adalah proses saling mempengaruhi dalam bentuk
perilaku atau kegiatan di antara anggota-anggota masyarakat (Effendy. 1989:
184) .
Individu,
emosi, perlakuan dan tindak balas dapat dianalisis melalui interaksi dengan
individu lain melalui proses interaksi dalam kehidupan sosial mereka.
Individu-individu ini berinteraksi menggunakan simbol-simbol iaitu mengandungi
tanda-tanda, isyarat dan kata-kata (Mead 1934).
BENTUK KOMUNIKASI
Secara umumnya ia terbahagi kepada:
1. Komunikasi lisan (oral communication) –
bahasa, intonasi suara, dialek
2. Komunikasi tanpa lisan – gerak isyarat (body language) cth:
senyuman, genggaman tangan, anggukan kepala, ‘eye contact’
3. Komunikasi persuratan (written communication)
4. Komunikasi visual (visual communication)
5. Komunikasi isyarat (non-verbal communication)
6. Komunikasi wahyu
TAHAP KOMUNIKASI
1. Komunikasi Intraperibadi (intrapersonal communication)
2. Komunikasi Antara Peribadi (interpersonal communication)
3. Komunikasi Kumpulan Kecil
4. Komunikasi Kumpulan Besar
5. Komunikasi Keorganisasian + komunikasi antara peribadi
ELEMEN DALAM PROSES KOMUNIKASI
PENGHANTAR
Orang
yang mempunyai mesej untuk disampaikan
MESEJ
maklumat, idea atau pandangan yang datangnya dari minda
penghantar dan cuba disampaikan kepada pihak lain
ENKOD
maklumat, idea atau pandangan diterjemahkan dalam bentuk-bentuk
yang difahami oleh orang lain sama ada menggunakan perkataan, bahasa atau simbol
SALURAN
mesej disalurkan kepada penerima melalui sama ada saluran iaitu
percakapan atau melalui tulisan, visual atau pergerakan
PENERIMA
orang yang menjadi sasaran mesej
DEKOD
mesej diterima dan diterjemahkan atau ditafsirkan oleh penerima
untuk memberi makna
MAKLUMBALAS
Tindak balas terhadap penerimaan dan pemahaman mesej oleh
penerima. Ia boleh jadi berbentuk lisan atau bukan lisan
GANGGUAN
Perkara-perkara yang mengganggu dan menghalang keberkesanan
komunikasi. Akibatnya maklumat yang diterima mungkin tidak tepat atau disalah
tafsir
HALANGAN KOMUNIKASI
♥ Sikap
penyampai & pendengar
♥ Suasana
persekitaran
♥ Jarak
♥ bahasa
tidak jelas
♥ Persepsi
♥ Emosi
♥ Komunikasi
lisan dan bukan lisan tidak selari
♥ kekurangan
kemahiran menulis
♥ kekurangan
kemahiran mendengar
♥ kurang
persefahaman
KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN
Interaksi dan komunikasi yang hanya menggunakan akal atau hanya
menggunakan perasaan akan menjadi tidak berkesan.
Seseorang yang berkomunikasi dengan berkesan akan menggunakan
kesemua deria manusia dengan bijaksana.
Terdapat beberapa kemahiran yang terlibat iaitu :
KEMAHIRAN TINGKAH LAKU:
1. Komunikasi
mata
2. Kedudukan
tubuh dan pergerakan
3. Mimik
muka dan air muka
4. Keterampilan
5. Suara
6. Kemahiran
Menimbulkan Minat Orang
7. Libatkan
pendengar
8. Menghiburkan
9. Mengenal
pasti keistimewaan orang lain
10. Membawa
topik perbualan yang anda mahir
KEMAHIRAN MEMBERI PERHATIAN
Mendengar
dengan aktif
Menumpukan sepenuh perhatian dengan pertembungan mata
Mata tidak liar ke sana ke mari, tidak kerap melihat jam atau
meninjau-ninjau keluar
Duduk ke hadapan sedikit menghadap orang yang bercakap
Memberi maklum balas lisan atau bukan lisan yang positif
seperti perkataan ‘ya’ atau mengangguk-angguk kecil
KEMAHIRAN MENDENGAR
Mendengar adalah asas penting dalam komunikasi lisan
membantu pengumpulan maklumat atau mesej dan memperbaiki
kefahaman tentang kelakuan orang lain
Mendengar yang dimaksudkan ialah kemahiran mendengar secara
aktif dan komprehensif yang melibatkan beberapa deria yang utama iaitu telinga,
mata, mulut dan hati
Telinga = untuk mendengar dengan aktif apa yang dicakapkan,
suara dan nada suara yang boleh menggambarkan perasaan
Mata = untuk melihat komunikasi bukan lisan yang nyata dan tidak
nyata
Mulut = untuk bersuara mengemukakan pertanyaan atau memberi
maklum balas
Hati = untuk sama-sama memahami perasaan yang lahir bersamanya
dengan ikhlas
HALANGAN DAN GANGGUAN SEMASA MENDENGAR ;
Keadaan sekitar yang tidak sesuai seperti cuaca, bising
dan sebagainya
Keadaan kesihatan diri
Kutip maklumat yang anda gemar sahaja
Prasangka
Masalah lebih penting untuk difikirkan
Kesimpulan sendiri
Terlalu panjang
Tidak bersetuju
Memberi maklum balas palsu
KEMAHIRAN PEMERHATIAN
Pemerhatian boleh membantu mengesan maklumat bukan lisan yang
dilahirkan atau tersembunyi
Seorang pendengar pemerhati yang mahir dapat melihat dan membaca
apa yang ada di dalam perasaan seseorang
Gambaran mimik muka adalah yang paling hampir dengan perasaan
Gambaran air muka yang bersahaja atau air muka yang berubah
secara tiba-tiba boleh memberikan mesej dengan baik
Mata juga memainkan peranan penting dalam memberi gambaran minda
dan perasaan. Contohnya: seorang yang sudah bosan dengan perbualan biasanya
akan kerap melemparkan pandangan ke tempat lain, meninjau-ninjau atau melihat
jam.
Kemahiran Mengemukakan Soalan
- Soalan digunakan bagi mendapatkan atau memberikan
maklum balas.
- Kemukakan soalan yang tepat bagi mendapatkan maklum balas
yang tepat.
3 jenis soalan :
Soalan tertutup
-memerlukan jawapan pendek ‘ya’ atau ‘tidak’
-tidak membawa banyak maklumat
-membataskan perbincangan
Soalan terpimpin
-mempengaruhi pendapat atau perasaan penerima
-Supaya sependapat dengan penghantar
Soalan terbuka
-memerlukan penerima memberikan pandangan atau perasaannya
sendiri tanpa dipengaruhi
-memungkinkan perbincangan lebih lanjut
Kemahiran Memberi Refleksi Perasaan
Kemahiran membaca perasaan orang lain adalah penting untuk
mendapatkan mesej yang tepat
Menggunakan kaedah merumus dan mengulangi apa yang dikatakan
dalam ayat sendiri (rephrasing atau paraphrasing)
Tujuannya ialah bagi mendapatkan kesahihan mengenai kefahaman
anda tentang perasaannya dalam masa yang sama anda seolah-olah bersama
dengannya menyelami perasaan tersebut
Kemahiran Memberi Maklum balas
Maklum balas hendaklah diberi dengan cara jelas supaya tindakan
dapat diambil oleh kedua-dua belah pihak bagi memperbaiki lagi ketepatan mesej.
Antara perkara perlu diambil perhatian;
1. Jelas
dan tepat
2. Tidak
bersifat abstrak
3. Tidak
menyentuh peribadi individu
4. Tidak
bersifat menghentam
5. Tidak
membangkitkan tentang motif seseorang
Tidak membangkitkan tentang motif seseorang
Tidak bersifat menghukum
Tidak seolah-olah berleter
Mengalu-alukan maklum
balas
Bersikap positif dan terbuka
Dipersetujui bersama
Peka dengan maklum balas,
semak ketepatannya
·
Comments
Post a Comment