PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
APA ITU PENDIDIKAN KHAS?
Pendidikan Khas DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS: OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS CIRI-CIRI ‘KHAS’ PENDIDIKAN KHAS KATEGORI KANAK- KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN DI BAWAH TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KONSEP PROGRAM KHAS MENURUT AKTA PENDIDIKAN 1996 Konsep Sekolah Khas menurut Akta Pendidikan 1961 Ali Khuli, M. (1986). Asaalib Tadries al Lughah al ‘Arabiyyah. Riyadl: Maktab Al-Faraj Daar al Tijariyyah.
DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS
• Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. • Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.
• “Special education means specially designed instruction that meets the unusual needs of exceptional children.” (Hallahan & Kauffman, 1994. • "...Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang standardize atau biasa." (Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999)
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
• " Pendidikan khas di Malaysai adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan peroduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”
 OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS
 • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas • Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini • Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas
CIRI-CIRI ‘KHAS’ PENDIDIKAN KHAS
• 1. Guru-guru terlatih khas • 2. Pendekatan pelbagai disiplin • 3. Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education Programme) • 4. Kurikulum yang khas Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka pendek. • 6. Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran • 7. Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian yang sesuai • 8. Kaedah pengajaran yang khas • 9. Kaunseling ibu bapa

KONSEP PROGRAM KHAS MENURUT AKTA PENDIDIKAN 1996
• Program Khas bererti:
 • 1. Satu program yang disediakan di sekolah khas* bagi murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
 • 2. Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan
 • 3. Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama murid biasa.
 KONSEP SEKOLAH KHAS MENURUT AKTA PENDIDIKAN 1961
 • Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.
APAKAH PERBEZAAN ANTARA ‘MURID BERKEPERLUAN KHAS’ DENGAN ‘MURID KURANG UPAYA’ DARIPADA SEGI KONSEP DAN CIRI? Perbezaan murid berkeperluan khas Murid kurang upaya
MURID BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak luar biasa (exceptional children) Kanak-kanak berisiko (at risk children) Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa; merangkumi mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak- kanak biasa. Kanak-kanak berisiko (at risk children)
• Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.
 MURID KURANG UPAYA Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities) Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children
• Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan secara sinonim dgn mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa.
 • Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan persekitaran.
SIAPAKAH YANG LAYAK MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH PENUH KERAJAAN DAN APAKAH SYARAT PENYERTAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS? PENDIDIKAN KHAS SIAPAKAH YANG LAYAK SYARAT PENYERTAAN
SIAPAKAH YANG LAYAK MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH PENUH KERAJAAN?
 • Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang merangkumi:
SIAPAKAH YANG LAYAK Kanak-kanak Down Syndrom Kanak-kanak Autistik Ringan Kanak-kanak kurang keupayaan mental Kanak-kanak bermasalah emosi. Kanak-kanak bermasalah kesihatan. Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan (DISLEKSIA kanak-kanak lembam (slow learner).

SYARAT PENYERTAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
• Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia, kanak-kanak yang boleh dididik adalah layak untuk mengikuti program khas, kecuali mereka yang: (a) cacat angota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa . (b) mempunyai pelbagai kecacatan atau yang mengalami kecacatan anggota yang terlalau serius, atau yang terencat akal yang berat (homes/hospital/bawah JKM).
• Murid berkeperluan khas adalah mereka yang boleh dididik jika mereka mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada : pengamal perubatan, pegawai dari kementerian pendidikan dan pegawai dari JKM sebagai berupaya mengkuti program pendidikan kebangsaan.
JENIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS YANG DIWUJUDKAN? JENIS PROGRAM SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI PROGRAM INKLUSIF (PI) PROGRAM PEMULIHAN KHAS PROGRAM BERMASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK DISLEKSIA
SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK)
 • Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK) • Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid bermasalah pendengaran dan penglihatan (rendah dan menengah). SPK Prasekolah Pendidikan Rendah Pendidikan Menengah Pendidikan Pasca Menengah
PRASEKOLAH
• Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah: - berumur tidak kurang dari lima (5) tahun - disahkan oleh pengamal perubatan - boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
PENDIDIKAN RENDAH
 Syarat kemasukan murid ke Program PendidikanKhas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah: ü berumur 6+ hingga 14+ tahun. ü Tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum). ü Disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. ü Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan & pendengaran) mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Mereka akan menduduki UPSR semasa Tahun Enam. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma, dan bantuan kewangan RM200 sebulan (bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU). ü Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif
PENDIDIKAN MENENGAH
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah: • berumur 13+ hingga 19+ tahun
• Tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum) • disahkan oleh pengamal perubatan
• boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
• Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.
 • Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh mengikuti pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai program Pendididkan Khas Integrasi atau di Sekolah Pendidikan Khas (contoh: SMPK Persekutuan Pulau Pinang atau SMPK Setapak)
• Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) spt murid di arus perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran akan mengikuti Program Khas Integrasi menengah dan penilaian dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.
• Selepas Tingkat 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Murid bermasalah penglihatan akan menduduki SPM dan seterusnya mengambil STPM bagi yang layak.
 • Mereka yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas Integrasi.
PENDIDIKAN PASCA MENENGAH Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada murid-murid bemasalah pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-kursus teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan fesyen. Politeknik yang terlibat ialah: Kursus yang ditawarkan ialah: üPoliteknik Ungku Omar, Ipoh. üJohor Bharu. üPoliteknik Shah Alam vPenyelenggaraan mekanikal vAwam Pembinaan vRekaan dan Fesyen dan Pakaian vHotel dan Ketering vRekabentuk grafik
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
 • Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan.
• Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran terhadap yang minimum (LRE).
• Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir.
 • Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.



PROGRAM INKLUSIF (PI)
 • Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
 • Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: “…satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
 • Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: “6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa.”
• Ditadbir oleh JPN
• Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.
• Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu- membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996) • Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu.
 • Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh.
 • Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
29. PROGRAM PEMULIHAN KHAS
 • Merupakan program yanG disediakan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M). Murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan Khas.
• Program ini berada di hampir semua sekolah rendah. Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS).
 • Murid disaring dengan menggunakan IPP3M 1 (murid Tahun 1), IPP3M2 (murid Tahun 2), dan IPP3M 3 (murid Tahun 3).
• Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara (withdrawal)




 PROGRAM BERMASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK DISLEKSIA
 • KPM mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan menulis.
 • Syarat kemasukan ke program ini: ü Murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1 sekurang-kurangnya 6 bulan. ü Murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau pemulihan khas, ü Keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia, dan disahkan mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan. ü Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan Khas Integrasi melalui kelas khas, pendekatan separa inklusif atau pengasingan
BAGAIMANAKAH FUNGSI GURU DALAM MENJAYAKAN KELAS PEMULIHAN?
 Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid-murid Guru yang sensitif dan peka akan mengenal pasti personaliti seseorang murid melalui pemerhatian dan interaksi dengan murid- muridnya Menolong membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid Contohnya apabila murid berjaya mengeja satu perkataan yang disoal dengan betul ucapkan “tahniah kamu memeng pandai,kamu berjaya mengeja dengan tepat Guru jangan sekali-kali merendahkan kemampuan murid dan mematahkan semangat dan minat murid untuk belajar lagi
Apakah peranan guru untuk mendorong murid ke arah kecemerlangan diri berdasarkan kepelbagaian yang dimiliki oleh murid- murid?
Pengajar Pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran Pengurus Bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod peribadi murid mereka. Dianggap kaunselor
Apakah cabaran guru pendidikan khas?
ABARAN GURU Pelbagai karenah murid yang berbeza terpaksa mereka hadapi Murid-murid sendiri cabaran daripada ibu bapa apabila meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru
BAGAIMANAKAH PERSEKITARAN YANG SESUAI UNTUK P&P PELAJAR KURANG UPAYA?
Persekitaran Suasana Kepakaran dan kemahiran Pendidik Medium Pembelajaran Kemudahan


Comments

Popular Posts