KPS 3014 Bab 6 : Pengurusan Bilik Darjah
Bab
6 : Pengurusan Bilik Darjah
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah
bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling
berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006).
Pengurusan bilik darjah
adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk
mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011).
Ia melibatkan pembinaan
suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi
pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat
perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009).
PERANAN GURU DALAM
MELAHIRKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
Kedudukan meja pelajar
meja guru biasanya
terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai
seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini, semua murid
dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah.
Penyusunan kerusi meja
murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan
ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga
dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan
atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.
Alat bantu mengajar (ABM)
Alat bantu mengajar (ABM)
seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semua murid
boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya, guru haruslah membimbing
murid-murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa
murid-murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika
carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu,
kemudian menunjukkan kepada murid-murid bahagian demi bahagian mengikut urutan
penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya
pemikiran mereka.
Papan kenyataan
Papan kenyataan hendaklah
dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan
keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi.
Setiap papan kenyataan
sudut matapelajaran hendaklah diisi dengan nota-nota yang penting.
Guru hendaklah
mengagihkan setiap sudut mata pelajaran kepada beberapa kumpulan pelajar untuk
mereka penuh kan papan kenyataan tersebut.
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Konsep Komunikasi
Komunikasi merujuk kepada
pertukaran dan pengaliran maklumat daripada seseorang kepada orang yang lain.
Proses penghantaran mesej daripada penghantar kepada penerima dikenali sebagai
komunikasi.Komunikasi berkesan hanya akan berlaku apabila penerima memahami
mesej yang dihantar dengan tepat.
Terdapat dua jenis
komunikasi:
(a) Komunikasi
lisan
(b) Komunikasi
bukan lisan.
Pola Interaksi dalam
Bilik Darjah
Interaksi bermaksud
pengaruh atau aksi dua hala.Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi
dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran
dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.Di dalam bilik darjah
Terdapat 3 jenis pola interaksi
iaitu:
1.
Interaksi sehala -interaksi sehala daripada guru kepada murid.
2.
Interaksi dua hala -interaksi dua hala antara guru dengan murid atau
murid
dengan murid
3.
Interaksi pelbagai hala -interaksi antara guru dengan murid,murid dengan
murid
dan murid dengan guru.
Kepentingan Komunikasi
dalam Pengajaran dan Pembelajaran
l Mewujudkan
satu persekitaran pembelajaran yang aman dan harmonis.
l Membolehkan
guru memotivasikan murid-muridnya supaya berminat dalam pembelajarannya.
l Mewujudkan
hubungan yang mesra antara guru dan murid,murid dan murid supaya pembelajaran
lebih menyeronokkan.
l Penglibatan
murid yang lebih aktif dan berkesan.
Halangan dan Gangguan
Komunikasi dalam Pengajaran & Pembelajaran
l Suasana
kelas yang bising.
l Guru
yang kurang berpengalaman.
l Kepimpinan
guru yang autokratik.
l Bilangan
murind yang terlalu ramai.
Langkah-langkah untuk
mewujudkan Komunikasi Berkesan dalam Bilik Darjah
1. Rancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang baik
2. Elak
kriyik dan melabel murid-murid
3. Guru
sebagai Role Model
4. Gaya
kepimpinan DEMOKRATIK
Pengurusan Pengajaran Dan
Pembelajaran (P&P) Dalam Bilik Darjah
l Perancangan
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Guru perlu membuat perancangan sebelum memulakan proses
P&P.Merangkumi rancangan pengajaran harian dan rancangan pengajaran
tahunan.Guru perlu mengenal pasti tahap keupayaan pelajar, hasil pembelajaran
yang hendak dicapai, bahan bantu belajar yang akan digunakan, strategi atau
kaedah yang hendak diaplikasikan, isi pelajaran yang sesuai dengan masa.
l Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Pengurusan Disiplin dalam
Bilik Darjah
Definisi
Disiplin dalam bilik
darjah penting kerana salah satu unsur utama kejayaan dalam proses pembelajaran
Menurut Lindgren (1976)
menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi
tatatertib
Menurut Oliva (1956)
disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada
autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur.
Tujuan
Untuk melahirkan sifat
yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk
mengikut peraturan-peraturan yang diterima umum
Punca Disiplin
Kebosanan - guru gagal
menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan tahap pencapaian
pelajar.
Pengurusan lemah –
penyediaan guru yang lemah seperti bahan bantu visual guru yang bermasalah atau
guru tiada pengalaman mengendalikan alat bantu, terlalu banyak halangan yang
menganggu kelancaran pelajaran.
Tahap kesukaran – pelajar
mengalami kesukaran menyiapkan tugas mungkin kerana terlalu sukar, kurang
jelas, dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa terlalu
Keliru – pelajar keliru
dengan penjelasan guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan menerangkan apa
yang diinginkan daripada pelajar
Keyakinan – harga kendiri
akedemik rendah dimana pelajar akan kurang yakin pada diri sendiri.
Jenis-Jenis Disiplin
(a) Disiplin antara Guru
Bertanggungjawab
menentukan peraturan-peraturAn bilik darjah dan memastikan pelajar patuhi
Melalui disiplin antara
guru, guru punyai kuasa mutlak atas kawalan, arahan,pengurusan dan
hukuman berlandaskan peraturan yang ditetapkan
(b) Disiplin arahan
kerja
Diwujudkan apabila
sesuatu tugas yang diberikan oleh guru perlu diselesaikan dalam
masa yang ditetapkan
mempunyai ciri motivasi
yang positif kerana disiplin jenis ini dapat menggalakkan
murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan
kepentingan sendiri
(c) Disiplin Arahan
Kumpulan
disiplin yang diwujudkan
antara ahli berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli. Oleh
itu, tingkah laku pelajar dikawal semasa interaksi antara rakan
guru perlu memberi
bimbingan kepada ketua kumpulan supaya nilai dan kepercayaan disemai dalam ahli
kumpulan
(d) Disiplin Arahan Diri
Yang melibatkan diri
pelajar bagi mematuhi peraturan
Biasanya wujud secara
tidak sedar apabila pelajar mencapai kematangan, boleh berfikir secara rasional
Boleh juga dipupuk
melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan kepentingan dan kebaikan
peraturan, hormat-menghormati, timbang rasa, toleransi dan kerjasama
Comments
Post a Comment