KPS 3014 Bab 7 : Pengurusan Sumber PENGURUSAN SUMBER
Bab 7 : Pengurusan
Sumber
PENGURUSAN SUMBER
l Pengurusan
sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun
matlamat.
l Pengurusan
sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti,
produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber
masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti
pekerja dan sebagainya.
l OIeh itu
pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber
organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut.
Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan
pengurusan sumber.
Definisi Pengurusan Sumber
l Pengurusan
Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber
yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.
l Dessler
(1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan
sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep
ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi
mengurus dan mentadbir sumber manusia.
Pengurusan
Pengurusan ialah melibatkan proses
perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli organisasi
dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai
matlamat organisasi.
Proses perancangan - sesebuah
organisasi seperti institusi pendidikan merujuk kepada tujuan dan objektif yang
telah dikenalpasti di awal perancangan sesuatu program.
Penyusunan - melibatkan kerja
menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi.
Pengarahan - dilaksanakan untuk
memastikan semua aktiviti organisasi berjalan dengan teratur, lancar serta
dalam suasana harmoni.
Pengawalan - membabit beberapa
perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalam penyusunan dan langkah-langkah
penyelesaian tertentu yang mesti diambil kira.
Sumber
- Sumber merupakan bahan-bahan yang
digunakan manusia yang terdapat disekeliling kita. Sumber juga merupakan satu
set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan
dan memudahkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi kepada 3
iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.
- Sumber primer bermaksud hasil
kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas
pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara yang merupakan asas kepada
sumber sekunder atau tertier. contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding.
- Sumber sekunder bermaksud sumber
yang memberikan akses kepada sumber primer melelui perkhidmatan abstrak dan indeks.
Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah
nota kaki dan juga glosari.
Sumber tertier dikenali sebagai
sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber
primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data, ulasan artikel dan juga
laman web.
Kepentingan Sumber
1. Media
komunikasi
ü Komunikasi
melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat
ü Disalurkan
melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video
ü Guru
sebagai pengirim dan murid sebagai penerima
2. Sebagai
ransangan
ü Murid
lebih minat belajar
ü Bahan
sebagai ransangan utama murid
ü Memahami
sesuatu dengan lebih mendalam
ü Tumpuan
murid lebih kepada perkara-perkara yang menarik bermaknsa dan penting
3. Penjelasan
makna dan konsep
ü Dapat
menjelaskan makna dan konsep menggunakan sumber
ü Boleh
diguna diluar dan di dalam bilik darjah
ü Seperti
siaran langsung atau rakaman-rakaman peristiwa sebenar spt radio dan televisyen
ü Mengembangkan
corak pemikiran murid
4. Penggerak
penggunaan pelbagai media
ü Melibatkan
pelbagai deria iaitu deria rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau
ü Guru perlu
menggunakan pelbagai sumber dan bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan
ü Deria
lebih banyak digunakan dalam aktiviti pembelajaran
5. Sumber
pengalaman
ü Memberi
pengalaman langsung dan tidak langsung
ü Pengalaman
memberi kesan mendalam terhadap proses pembelajaran murid.
ü Lebih
banyak belajar melalui pengalaman sendiri berbanding maklumat yg diperoleh
ü Untuk
memastikan apa yg diajar kekal lama dalam ingatan murid
JENIS-JENIS SUMBER YANG DIFOKUSKAN
Pusat Sumber Pertama:
Perpustakaan
Perpustakaan
Konsep Pusat Sumber
Ø Pusat
sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan suber –
sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar.
Ø Pusat
sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang
mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan
bercetak dan digital.
Ø Pusat
sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan
bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras
dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Objektikfpusat sumber
1. Mengumpul,
menyusun, menyimpan dan mengedarkan pelbagai ilmu dan sumber .
2. Mempertingkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar mereka.
3. Melatih
para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan, dan
menggunakan peralatan.
4. Memberi
pelbagai jenis kemudahan kepada guru dan pelajar untuk menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
5. Menyebar
maklumat terkini yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan
FUNGSI PUSAT SUMBER
Ø Menyediakan
dan mempromosi bahan bacaan dan sumber yang berkualiti.
Ø Berperanan
sebagai tempat untuk memperkembangkan kurikulum dan kokurikulum institusi
pendidikan.
Ø Sebagai
pusat interaksi di antara guru dan pelajar – pelajarnya.
Ø Sebagai
tempat penerangan, penyebaran maklumat serta sumber dan tempat untuk
memperolehi alat dan bahan pelajaran dan pengajaran.
Ø Menganjurkan
aktiviti galakkan membaca, pameran, pertandingan akademik dan sebagainya.
Pusat Sumber Kedua:
Makmal Sains
Makmal Sains
Definisi : Makmal Sains adalah salah
satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untu pengajaran pembelajaran amali
sains
Dibina dengan tujuan untuk melakukan
aktiviti dan eksperimen sains di bawah keadaan yang terkawal
Melalui aktiviti penyiasatan dan
penemuan secara amali dalam makmal sains, pelajar dapat mengamalkan ilmu dan
kemahiran sains dengan lebih berkesan
Kepentingan Makmal Sains
♥ Memastikan p&p mata pelajaran sains lebih efektif kerana
sesuatu konsep itu akan lebih mudah difahami dengan ‘membuat’ bukan setakat
mendengar
♥ Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran
proses sains serta kemahiran manipulatif
♥ Membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan
berkesan, dengan menyediakan tempat yang sesuai
♥ Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap
sains dan membentuk serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
♥ Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi
pengajaran dan pembelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah persekolahan
ASPEK UTAMA DALAM PENGURUSAN MAKMAL
SAINS
♥ Keceriaan makmal sains
♥ Penggunaan dan penyimpanan peralatan dan bahan
♥ Keselamatan makmal sains
TINDAKAN GURU SAINS SEMASA
KEMALANGAN BERLAKU DALAM MAKMAL SAINS
♥ Mengenalpasti jenis kemalangan yang berlaku
♥ Jika di luar kemampuan diri dalam menyelamat mangsa, eloklah
meminta orang lain yang berpengalaman
♥ Jika kecederaan teruk, minta ketua darjah laporkan kepada
pihak pentadbir sekolah
♥ Bagi kemalangan besar, hubungi ambulans dan bantuan doktor
perubatan dengan segera
♥ Memberitahu ibu bapa pelajar yang berkenaan
♥ Guru harus merekod dan melaporkannya kepada pihak pentadbir
sekolah
Pusat Sumber Ketiga:
Makmal Komputer
Makmal Komputer
1. Makmal
komputer merupakan salah sebuah tempat di mana di dalamnya mempunyai beberapa
buah komputer untuk kegunaan pelajar.
2. Makmal
komputer juga disediakan untuk pelajar-pelajar zaman sekarang ini mengenal
tentang peralatan komputer serta kegunaannya.
3. Didalam
makmal komputer tersebut pula terdapat rangkaian lain untuk pelajar-pelajar
melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.
Garis Panduan Pengurusan Makmal
Komputer
1. Pengurusan Makmal Komputer
- Bidang pengurusan makmal komputer
menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti
keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan
pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa
memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna
makmal komputer pada setiap masa.
2. Peraturan Makmal Komputer
- Pengguna tidak dibenarkan masuk ke
dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
- Kemaskan makmal komputer sebelum
keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
- Laporkan sebarang kerosakan dengan
segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.
- Pastikan alat pemadam api ada dan
berfungsi.
- Pengguna dikehendaki sentiasa
menjaga kebersihan makmal komputer.
3. Senarai Keselamatan Pengguna
- Meja komputer disusun dengan baik,
pastikan unit sistem diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang
mencukupi bagi semua alat peranti
- Duduk dalam keadaan selesa, kerusi
boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari
sakit pinggang.
- Kabel-kabel komputer perlu
diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dan jauh daripada
laluan pengguna.
- Penapis cahaya monitor (glass
filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna.
- Laraskan kedudukan monitor dengan
mata ; monitor harus 50 ke 60 cm jauh dari mata.
-
Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat dan melihat
kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
4. Aspek Keselamatan Perkakasan
- Jangan membawa keluar sebarang
perkakasan komputer dari makmal tanpa kebenaran.
- Jika terdengar bunyi yang ganjil
atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti komputer yang terlibat dan
segera putuskan bekalan kuasa di dinding yang bersambung ke komputer itu.
- Komputer yang rosak perlu
diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan
seterusnya.
Comments
Post a Comment