KPS 3014 BAB5 PENGURUSAN MURID
Bab 5 : Pengurusan
Murid
PENGURUSAN MURID
Definisi Pengurusan
Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar
dalam bidang pengurusan. Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami
ialah pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan
pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber
organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
‰“… adalah proses untuk mencapai misi dan objektif organisasi
melalui tindakan yang diselaraskan ahli organisasi.“ (Michael & Jones 2000)
‰
“… adalah proses bekerja dengan orang dan sumber untuk mencapai
matlamat organisasi.” (Snel, Bateman 2000)
Definisi Murid
Murid atau peserta didik adalah orang yang mempunyai potensi
asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun
mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga, sekolah maupun dilingkungan
masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada.
Abu Ahmadi(2003) juga menuliskan tentang pengertian
peserta didik, peserta didik adalah orang yang belum dewasa, yang memerlukan
usaha, bantuan, bimbingan orang lain untuk menjadi dewasa, guna dapat
melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Tuhan, sebagai umat manusia, sebagai
warga Negara, sebagai anggota masyarakat dan sebagai suatu pribadi atau
individu.
Pengurusan Murid
Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah.
Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan
prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih
daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.
Tujuan Mengurus Rekod Murid
1. Mantapkan sistem
pengurusan murid di sekolah
2. Kemaskini profil
murid
3. Mengetahui
perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar
4. Meyediakan
maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan
potensi (JERI)
5. Sebagai panduan
kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka.
6. Sebagai panduan
kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.
Comments
Post a Comment