PENGURUSAN PENASIHATAN
MURID (Bimbingan dan Kaunseling)
l Guru
bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting di sekolah
l Dipercayai
memiliki kewibawaan yang serba boleh
l Mereka
merupakan ‘arkitek’ yang mampu mengubah personaliti pelajar dan menjadikan anak
didik mereka sebagai aset warisan kesinambungan bangsa.
Konsep Bimbingan
Bimbingan adalah satu
proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan
kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi,
sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu
khasnya.
Bimbingan juga adalah
proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya
ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaa dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.
Bimbingan adalah
merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa
atau yang normal yang mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal,
emosi, kejiwaan dan kerohanian. Bimbingan juga merupakan proses pembentukan
maklumat dan nilai individu itu sehingga dia sapat menentukan tindakan yang
wajar di ambil pada masa sekarang dan pada masa hadapan.
Konsep Kaunseling
Kaunseling merupakan proses
untuk membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang
dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk
mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan
sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan
berterusan sepanjang hayat klien. Menurut Persatuan Kaunseling amerika pula,
kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi
atau perkembanganmanusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau
tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi,
perkembangan kerjaya atau patologi.
Elemen PENTING dalam
Kaunseling
1. Kaunseling adalah
profesion
2. Kaunseling berkaitan
dengan kesejahteraan, pertumbuhan, personal, kerjaya dan patologi.
3. Kaunseling dijalankan
ke atas individu yang normal dan yang mempunyai masalah.
4. Kaunseling dilakukan
mengikut teori.
5. Proses yang melibatkan
perkembangan dan intervensi.
6. Kaunseling mempunyai
pelbagai kepakaran.
Konsep Psikoterapi
Secara tradisional
psikoterapi berfokus kepada masalah serius yang berhubung dengan intrapychic,
internal, isu-isu personal dan konflik.
Ciri-ciri psikoterapi
secara tradisional :
1 . Memberi penekanan
kepada masa lampau.
2. Celik akal.
3. Terapi bertindak
sebagai pakar.
4. Psikiatri/Psikologi
menggunakanistilah psikoterapi.
Psikoterapi melibatkan
pesakit yang berada di setting ( out patient and in patient ) yang melibatkan
penempatan seperti hospital sakit jiwa.
Beza bimbingan dan
kaunseling Bimbingan adalah membantu individu membuat pilihan menurut nilai
dirinya manakal kaunseling membantu individu membuat perubahan. Di awalnya,
bimbingan berlaku di sekolah iaitu guru membantu pelajarmembuat keputusan.
Kini, bimbingan adalah satu bahagian dari keseluruhanperkhidmatan bimbingan dan
kaunseling.
Definisi Kaunseling
Menurut Mizan Adillah dan
Halimatun Halalilah (1995) kaunseling merupakan proses bersemuka antara
kaunselor dan klien. Tujuan pertemuan adalah untuk mencari alternatif yang
paling sesuai untuk klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya di
samping mengetahui buruk baik dan halangan yang akan dihadapi oleh klien atas
keputusannya itu.
Justeru itu, kaunseling
diertikan sebagai proses bantuan yang dijalankan oleh
kaunselor bagi mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan
mengubah tingkah laku klien dan ia menitiberatkan faktor kerahsiaan.
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN
BIMBINGAN
*PERKHIDMATAN MEMBERI
MAKLUMAT
*PERKHIDMATAN PENEMPATAN
*PERKHIDMATAN MENCEGAH
PENYALAHGUNAAN DADAH
*PERKHIDMATAN PERUNDING
DAN RUJUKAN
*PERKHIDMATAN
PENYELARASAN SUMBER
*PERKHIDMATAN
PERBINCANGAN DENGAN IBU BAPA
*PERKHIDMATAN PENILAIAN
Perkhidmatan Memberi
Maklumat
l Mengumpul
dan menyebarkan maklumat pelajaran, vokasional, latihan dan kerjaya kepada
murid-murid. Ini dapat dilakukan melalui penerbitan risalah-risalah, buku-buku
kecil, poster, buletin dan pengendalian hari kerjaya dan pameran kerjaya.
l Menambah
dan mengemaskini fail-fail maklumat kerjaya, peluang-peluang latihan,
pelajaran, sosial dan peribadi
Perkhidmatan Penempatan
-
Membantu murid-murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan
kebolehan, minat dan kemampuannya.
-
Penempatan pekerjaan:
(a)
menjadi penyelaras menempatkan murid-murid mengikuti program
pengalaman bekerja jika program seperti ini diadakan
(b)
membantu Bahagian Pendidikan Vaksional dan Teknik
dengan membekalkan data tentang murid-murid lepasan
sekolah vakasional dan teknik
Perkhidmatan Mencegah
Penyalahgunaan Dadah
l Mengadakan
bimbingan individu atau kelompok untuk menanam dan memupuk sikap benci akan
dadah
l Memberi
pertolongan kepada murid-murid untuk mendapatkan bantuan pemulihan atau rawatan
l Memberi
bantuan kepada murid-murid supaya dapat menyesuaikan diri ke alam sekolah
selepas tamat pemulihan
l Membuat
penilaian dan memberi maklum balas kepada jabatan pendidikan negeri tentang
program pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah
Perkhidmatan Perundingan
dan Rujukan
l Merancang
bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan untuk megawasi kemajuan
murid-murid
l Berunding
dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan tahap prestasi khidmat
bimbingan di sekolah
l Menolong
pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan lebih mendalam akan
program bimbingan di sekolah
Perkhidmatan Penyelarasan
Sumber
l Menjadi
penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kebajikan murid-murid di
antara sekolah dengan agensi-agensi luar
l Menjadi
penyelaras untuk kebajikan majikan, agensi-agensi kebajikan dan orang-orang
kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
l Merancang
dalam menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti
bimbingan kepada agensi-agensi tertentu dalam komuniti tempatan.
Perkhidmatan Perbincangan
dengan Ibu-Bapa
l Mengadakan
hubungan dengan ibu bapa murid-murid untuk bersama mengawasi kemajuan mereka
terutamanya dalam pelajaran
l Menjadi
penyelaras program orientasi untuk murid-murid dan ibu bapa
l Bekerjasama
dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin di kalangan murid-murid
l Mengadakan
sesi bimbingan keluarga jika didapati masalah yang dihadapi oleh murid-murid
berpunca dari keluarga.
Perkhidmatan Penilaian
l Menilai
model bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah
l Mengadakan
program pembimbing rakan sebaya dan program latihan
JENIS-JENIS KAUNSELING
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok
Kaunseling Akademik
Menyediakan kaunseling
bagi menolong murid memilih mata pelajaran sejajar dengan minat, keupayaan dan
percapaian
Kaunseling Kerjaya
Menolong murid-murid
menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya
Memberikan kesedaran dan
ingatan kepada murid-murid bahawa perancangan kerjaya perlu dibuat daripada
awal lagi.
Kaunseling Peribadi
Kefahaman kendiri, iaitu
membantu murid-murid secara individu untuk memperolehi maklumat dan membentuk
sikap celik akal dan nilai yang sejajar dengan kehendak-kehendak masyarakat
Menolong individu membuat
keputusan yang waras serta bijaksana
Kaunseling Kelompok
Kelompok boleh
didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi
serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain.
Menurut Ohlsen M. M.
(1997), pula menyatakan bahawa kaunseling kelompok merupakan suatu
perhubungan unik di mana klien berasa selamat untuk mebincang apa yang
membimbangkan mereka serta untuk mengenal pasti tingkah laku baru yang
diingini, mengamalkan kemahiran-kemahiran antara individu yang asas dan
melakukan tingkah laku yang baru.
Tujuan KAUNSELING :
1. Menyelesaikan
masalah jangka pendek
2. Mendapat
celik akal
3. Tingkah
laku positif
4. Mencapai
kebebasan psikologi
5. Bertindak
logik
6. Perkembangan
optimum
7. Penyelesaian
8. Mewujudkan
perhubungan sihat
Fungsi Bimbingan :
ü Memahami
ü Preventif
ü Pengembangan
ü Penyembuhan
ü Penyaluran
ü Penyesuaian
ü Penambahbaikan
ü Pemeliharaan
Fungsi kaunseling :
ü Celik
akal
ü Memberi
maklumat
ü Mengatasi
konflik
ü Membuat
keputusan
ü Memberi
sokongan
Etika Kaunseling
v Satu
tatasusila atau peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang kaunselor dalam
memberi pertolongan kepada individu lain untuk mendapatkan kesedaran diri dan
dapat bertindak balas dengan persekitarannya. Ianya juga merupakan satu
peraturan yang harus dilaksanakan oleh seorang kaunselor demi menjaga hak-hak
klien.
v Secara
amnya etika kaunseling merangkumi 3 ciri utama :
a) Menggariskan
satu bentuk peraturan kepada ahlinya untuk bertindak mengikut lunas-lunas dan
peruntukan sistem yang dibenarkan
b) Satu
manual kerja atau prosedur tugas yang memberikan penerangan ringkas berkaitan
proses tingkah laku yang perlu dilaksanakan oleh ahli-ahlinya.
c) Mengandungi
nilai-nilai murni didalamnya dimana ia bermaksud segala peraturan yang
diperoleh adalah untuk memberikan kebaikan dan keadilan yang maksimum kepada
kaunselor dan klien (Nordin,2000).
KOD TATA LAKU KAUNSELOR
l kaunselor
hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai
seorang kaunselor dan integriti dan integriti profesion kaunseling.
l kaunselor
hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan
kemahiran dalam bidang profesionnya.
l kaunselor
hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan jujur selaras
dengan profesion kaunseling.
l kaunselor
hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang
diperoleh semasa sesi kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan
klien atau orang di persekitarannya.
l kaunselor
hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.
l mengutamakan
keperluan klien daripada keperluan kaunselor sendiri
l kaunselor
hendaklah diawasi dan dinilai tugas kaunselingnya oleh lembaga kaunselor
melalui penyelian lazim dan sokongan perunding.
Comments
Post a Comment